suria

Lima Kedai, 15 Kereta Musnah Dalam Kebakaran

SANDAKAN: Lima kedai dan 15 kereta musnah dalam kebakaran di Batu 1 dekat sini pada Jumaat.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Johnny Yap Pew berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam membabitkan bangunan kedai lama.

Katanya lima premis yang musnah terbakar adalah bengkel membaiki dan mengecat kenderaan, kedai perabot, kedai runcit, kedai tayar dan peralatan kenderaan.

Menurutnya turut musnah terbakar adalah 15 kereta milik pelanggan yang masih dalam proses untuk dibaiki di bengkel membaiki kereta.

Menurut Johnny panggilan kecemasan diterima pada pukul 11.12 malam dan 17 anggota bersama tiga buah jentera serta dua kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, beberapa pekerja tinggal di tingkat atas kedai terbabit penghuni dapat menyelamatkan diri.

Katanya anggota bomba berjaya mengawal api sepenuhnya pada jam 5.54 pagi dan berjaya menyelamatkan empat lagi premis kedai berhampiran daripada terbakar. BERNAMA

Artikel Lain