suria

Pemandu Lori Didakwa Cederakan Kerani

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat terhadap pertuduhan mencederakan seorang kerani lelaki menggunakan parang, bulan lepas.

N.Sivakumar, 34, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada A.Kalai Chelvan, 42, dan hampir menyebabkan mangsa hilang jari manis tangan kirinya di sebuah rumah di Tamai Sri Subang, pada 1.30 petang 16 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan Sivakumar didenda RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jan untuk sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah, manakala peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman mewakili Sivakumar. -BERNAMA

Artikel Lain