suria

Pelabur Genneva Merayu, Serah Memorandum Kepada PM

GEORGE TOWN: Pelabur dan penyokong Genneva Malaysia Sdn Bhd menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan sehari beliau ke Pulau Pinang pada Sabtu.

Membawa sepanduk berwarna-warni dan melaungkan slogan menyokong Barisan Nasional (BN), sekumpulan besar pelabur emas bertemu Najib semasa sesi 'walkabout' pagi beliau di pasar Bayan Baru.

Mereka telah menyerahkan memorandum tiga muka surat menggesa Perdana Menteri memulakan garis panduan dagangan emas formal untuk negara dan tidak membekukan akaun syarikat skim pelaburan emas tersebut.

Terdahulu dilaporkan aset syarikat dibekukan pada bulan Oktober bagi memudahkan siasatan Bank Negara terhadap kesalahan yang disyaki termasuk pengambilan deposit secara haram, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Pulau Pinang merupakan hab bagi Genneva Malaysia kerana ia mempunyai salah sebuah pejabat syarikat yang terbesar di luar Kuala Lumpur.

Artikel Lain