suria

Bumbung Melayang, Pokok Tumbang Akibat Ribut Di Ipoh

IPOH: Pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin berlaku dalam satu kejadian ribut yang melanda Kampung Baru Jelapang dan Taman Meru.

Ketua Kampung Kg Baru Jelapang, Yong Ah Thim berkata kira-kira 21 buah bumbung rumah dikampungnya diterbangkan angin selepas ribut melanda pada pukul 3.30 petang.

"Bumbung rumah diterbangkan angin, lebih buruk perabot dan peralatan elektrik turut rosak.

"Sebatang pokok besar tumbang dan menghadang Lorong Jelapang 3," katanya.

Beliau berharap agar Majlis Bandaraya Ipoh dapat mengalihkan pokok yang tumbang itu segera.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi, Datuk Nadzri Ismail berkata kira-kira 40 buah bumbung rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel Lain