suria

Tiga Lelaki Edar Dadah Dihukum Gantung Sampai Mati

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tiga lelaki kerana mengedar 228.5gm dadah pada 27 April tahun lepas di tempat letak kereta di sebuah pasar raya besar di Alma, Bukit Mertajam.

Pemilik kedai kopi Khor Soon Lee, 38, penganggur Tiow Hee Chin, 49, dan pekerja kedai Tan Hun Wah, telah didapati bersalah mengedar 212.5gm heroin dan 16gm monocetylmorphine.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah, dalam keputusannya, berkata tiga lelaki gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain