suria

Pelanggaran Bot: Mayat Pemancing Ditemui

LANGKAWI: Mayat seorang pemancing yang dilapor hilang selepas bot dinaikinya dilanggar sebuah bot lain di perairan Kuah pagi kelmarin, ditemui pada Khamis.

Mayat Aidi Azhar Othman, 29, dari Kampung Sungai Menghulu di sini, ditemui terapung kira-kira 150 meter dari tempat kejadian pada pukul 3.25 petang oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ketua Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Lt. Maritim Mohd Khairul Faizal Mohd Asli berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Langkawi untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian pukul 4.15 pagi kelmarin, bot yang dinaiki Aidi Azhar dan tiga rakannya terbalik apabila dilanggar sebuah bot lain, kira-kira dua batu nautika dari pangkalan Kastam Kuah.

Tiga rakannya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain