suria

Bouncer Serang Ketua Pemuda Umno Kepong Dibebaskan Dengan Jaminan

AMPANG: Seorang 'bouncer' yang didakwa atas cubaan membunuh Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Sesyen bagi membolehkan lengannya yang luka dirawat.

Mohd Haswan Hashim, 22, dituduh cuba mencederakan Norizan, 41, menggunakan sebilah parang, menyebabkan kecederaan pada lengan, perut dan badan.

Mohd Azril didakwa bersama-bersama seorang pemandu trak tunda Mohd Azril Ab Syukur, 28, yang melakukan kesalahan itu di hadapan rumah mangsa di sepanjang Jalan Cahaya 2, di sini pada pukul 2.30 pagi pada 24 September.

Peguam yang mewakili, Mohd Haswan, Zarif Othman meminta agar tertuduh dibebaskan atas jaminan polis bagi membolehkan luka di bahagian lengannya dirawat kerana beliau mendakwa mangsa tidak mendapat layanan sewajarnya sejak ditahan pada 4 Oktober lalu.

"Saya memohon agar anak guam saya dibebaskan dengan jaminan polis supaya dia boleh mendapatkan rawatan. Keluarga mangsa juga hadir di sini bagi menjadi penjamin dan sedia menerima syarat tambahan," katanya.

Sementara itu Penolong Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie memohon mahkamah supaya tidak memberi ikat jamin untuk Mohd Haswan memandangkan dia dituduh dalam jenayah yang serius melibatkan senjata.

Di bawah seksyen 307(1) kanun keseksaan, Mohd Haswan berhadapan dengan hukuman penjara maksium 20 tahun, denda atau sebat sekiranya disabitkan kesalahan.

Hakim, Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan tambahan agar Mohd Haswan melaporkan diri di balai polis pada hari pertama setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak dibenarkan menghampiri keluarga mangsa mahupun saksi.

Sebaik sahaja dibebaskan, Mohd Haswan menjerit, 'terima kasih hakim' dan dia dilihat menangis ketika meninggalkan perkarangan mahkamah.

Hakim menetapkan 27 Disember tarikh sebutan semula kes.

Pada 4 Oktober lalu, Mohd Haswan bersama rakan subahatnya Mohd Azrill yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama.

Hakim Manira menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap beliau.

Artikel Berikut

Artikel Lain