suria

Agong Tamatkan Lawatan Negara Ke Indonesia Dengan Kejayaan

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat meninggalkan Jakarta setelah menamatkan lawatan negara selama empat hari ke Indonesia dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta, Khamis. Turut hadir Menteri Sosial Indonesia, Salim Segaf Al-Jufri (kiri) merangkap sebagai Menteri Pengiring dari Indonesia. -fotoBERNAMA

JAKARTA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menamatkan lawatan negara empat hari ke Indonesia pada Khamis dengan jayanya dalam misi merapatkan lagi persahabatan dan hubungan kerjasama dua hala Malaysia-Indonesia.

Pasangan Diraja dari Malaysia itu berangkat meninggalkan Jakarta dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pagi ini dengan diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang bertindak selaku Menteri Pengiring dari Malaysia.

Menteri Sosial Indonesia Dr Salim Segaf Al Jufri, yang juga Menteri Pengiring dari Indonesia dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan adalah antara mereka yang mengiring baginda berdua di lapangan terbang itu.

"Saya lihat usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara ini satu kejayaan. Perjumpaan antara Yang di-Pertuan Agong dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah berlangsung dengan begitu mesra sekali," kata Noh.

Penekanan sekarang ialah kemesraan hubungan di peringkat pemimpin kerajaan Malaysia dan Indonesia ini dapat disusul di semua peringkat lain dalam hubungan dua hala sampai ke peringkat rakyat di kedua-dua negara, katanya.

Noh berkata Presiden Yudhoyono menegaskan bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia perlu terus dipertingkatkan kerana kedua-duanya adalah negara bangsa serumpun yang tidak boleh dipisahkan.

Salah satu cara meningkatkan lagi hubungan peringkat rakyat ialah melalui peranan 'duta-duta kecil' dalam kalangan pelajar. Pada masa ini ada sejumlah 6,000 pelajar Malaysia menuntut di Indonesia dan 14,000 pelajar Indonesia sedang belajar di Malaysia, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain