suria

Sindiket Dadah Antarabangsa Lumpuh, Enam Lelaki Nigeria Ditahan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim (kiri) menunjukkan dadah sejumlah 4.9 kg jenis heroin dan 85.5 gram syabu yang dirampas dalam serbuan berasingan di Selangor, Ahad lepas semasa sidang media di Bukit Aman, Selasa. Seramai enam lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Thailand ditangkap berusia antara 24 hingga 48 tahun. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa selepas menangkap enam lelaki warga Nigeria termasuk ketuanya dalam serbuan berasingan di sekitar Selangor Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut menahan seorang wanita warga Thailand yang dipercayai menjadi keldai dadah sindiket itu.

Dalam serbuan di Selayang, Puchong serta Kota Damansara itu, polis berjaya merampas 4.9 kilogram dadah jenis heroin dan 85.5 gram syabu dengan nilai keseluruhan RM250,000, katanya pada sidang media, di sini, Selasa.

"Sindiket ini yang aktif sejak enam bulan lepas, dipercayai turut terlibat dalam pengedaran dadah untuk pasaran luar negara dengan rangkaian ahli di negara lain seperti India, Pakistan, China, Indonesia dan Vietnam," katanya.

Menurut Noor Rashid, kesemua suspek yang berusia antara 24 dan 48 tahun itu memegang visa pelajar dan pasport antarabangsa yang diragui, serta berkahwin dengan warga tempatan.

Ketua sindiket ini sudah lama dipantau dan hasil siasatan mendapati suspek yang berusia 28 tahun dan tinggal di negara ini bertanggungjawab merekrut warga tempatan dan negara jiran untuk menjadi keldai dadah, katanya.

"Sebahagian keldai dadah tidak lagi memasuki Malaysia secara terus bersama dadah yang dibawa, tetapi diarahkan untuk menaiki penerbangan ke negara jiran seperti Thailand, Singapura atau Brunei sebelum meneruskan perjalanan mengikut jalan darat bagi memasuki negara sama ada dengan bas atau kereta," katanya.

Katanya kesemua keldai dadah yang dibayar sehingga US$300 "dipancing" melalui laman sosial Facebook, pusat hiburan dan kenalan mereka di negara ini.

Sementara itu, Noor Rashid berkata polis menumpaskan beberapa sindiket pengedaran dadah di seluruh negara bagi tempoh 26 Nov sehingga Ahad lepas dengan penangkapan 16 individu.

"Pertama sekali, pada 27 November, kita ada tangkap seorang penuntut warga Nigeria di Kuantan, Pahang dan merampas 500 gram syabu.

"Dua hari selepas itu, kita tangkap dua warga tempatan, lelaki dan wanita, di Kepong serta merampas setengah kilogram syabu, 59 gram ketamin dan 20 biji pil eramin 5.

"Pada 30 November di ibu negara, kita tangkap satu lelaki tempatan bersama 180 biji pil eramin 5, 200 biji pil ecstasy, satu botol 'cloroform' dan satu pistol. Pada hari yang sama, satu lelaki warga Republic of Guinea dan satu lelaki tempatan di Ipoh serta merampas 1.134 kg syabu," katanya.

Noor Rashid berkata pada 1 Disember lepas, polis menahan dua wanita Vietnam di Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan rampas 3.41 gram syabu.

Katanya pada Ahad lepas juga, di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat (Langkawi), seorang wanita warga Thailand ditahan dan polis merampas 2.22 kg kokain. - BERNAMA

Artikel Lain