suria

Pindaan Laluan Hijau Bas 'Go KL'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan pindaan Laluan Hijau Bas GO KL berkuat kuasa pada 7 Disember ini.

Laluan Hijau sebelum ini beroperasi dari Jalan Ampang, KLCC ke Bukit Bintang melalui Jalan P. Ramlee dan Jalan Raja Chulan dan kembali ke Jalan Ampang, KLCC.

Di dalam usaha memperluaskan lagi kawasan perkhidmatan GO KL ke beberapa kawasan baru yang telah dikenal pasti sebagai berpotensi menjadi kawasan tumpuan utama pengguna pengangkutan awam, SPAD telah meluluskan pindaan Laluan Hijau seperti:

1. Bermula : Jalan Ampang (KLCC)

2. Melalui :

Jalan Sultan Ismail (Hotel Concorde, Life Center, Wisma Genting),

Jalan Raja Chulan (Pavillion, Hotel Prince),

Jalan Imbi (Ritz-Carlton Hotel, Sakura Restaurant, Berjaya Times Square),

Jalan 1/77B, Changkat Thambi Dollah (SMK (P) Bandaraya),

Jalan Sultan Ismail (Bukit Bintang Plaza, Wisma Genesis, Menara KH),

Jalan P.Ramlee (Wisma Rohas Perkasa),

Jalan Pinang (Grand Hyatt Hotel),

Jalan Kia Peng,

Persiaran KLCC (KLCC Convention Centre, Traders Hotel, Menara ESSO),

Jalan Binjai (Menara Felda, the Binjai, Intercontinental Hotel),

3. Kembali : Jalan Ampang (Citibank, Wisma Atlan, KLCC)

Sehubungan dengan itu, SPAD berharap pemindaan ini akan memberikan lebih manfaat kepada pengguna pengangkutan awam darat di sekitar Pusat Perniagaan Daerah ('Central Business District') Kuala Lumpur.

Buat masa ini, secara purata penumpang harian bagi perkhidmatan GO KL telah meningkat kepada 14,000 penumpang sehari bagi kedua-dua laluan (hampir 7,000 penumpang sehari bagi Laluan Hijau).

Artikel Lain