suria

Pemandu Bas Maut, 10 Penumpang Cedera Dalam Kemalangan Dekat Gopeng

Seorang pemandu bas maut manakala 10 penumpang cedera parah apabila sebuah Bas Ekspress Sri Maju telah merempuh belakang lori treler dalam kemalangan jalan raya di KM304.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gopeng tengah malam Isnin. Foto BERNAMA

KAMPAR: Seorang pemandu bas terbunuh manakala 10 penumpang cedera apabila bas yang mereka naiki dipercayai merempuh belakang treler di Km 304.6 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Gopeng tengah malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata, pemandu itu Abdul Rahim Musa, 57, dari Rumah Pangsa, Jalan Hospital, Ipoh terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan 12.40 malam itu.

Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 10 mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya.

Bas tersebut yang membawa 13 penumpang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh dilaporkan merempuh belakang treler di hadapanya ketika mendaki bukit.

"Akibat kejadian itu, hadapan bas tersebut remuk teruk dan pemandunya tersepit dan mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat," kata Ng.

Tiga lagi penumpang bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Artikel Lain