suria

Malaysia Perbaiki Ranking Persepi Rasuah Antarabangsa

PETALING JAYA: Malaysia telah memperbaiki ranking dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) ke tangga 54 daripada tangga 60 tahun lalu, kata Transparency International Malaysia.

Presidennya, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata Malaysia memungut 54 mata daripada 100 survei yang dijalankan bagi mengukur tahap penerimaan rasuah sektor awam di 176 negara.

Malaysia berada ditangga ketiga dikalangan negara Asean di belakang Singapura (87) dan Brunei (55).

Penilaian bagi 176 negara itu dibuat menggunakan kaedah baru yang telah dinaiktaraf bagi membolehkan perbandingan yang lebih tepat berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain