Dua Maut, Lima Parah Dalam Kemalangan Dua Kereta Di Dungun - Semasa | mStar

Dua Maut, Lima Parah Dalam Kemalangan Dua Kereta Di Dungun

DUNGUN: Dua maut manakala lima lagi termasuk seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk berkhatan parah, apabila dua kereta bertembung dalam kejadian di Km 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi, di sini Rabu.

Kejadian berlaku pukul 9 pagi apabila kereta Proton Wira yang dinaiki Tarmizi Ismail, 11, dirempuh kereta Honda Civic yang terbabas.

Kejadian menyebabkan ibu saudaranya Zainun Awang, 50, maut di tempat kejadian. Turut maut penumpang kereta Honda Civic, Suzlina Ahmad, 40.

Mangsa yang cedera parah pula dikenal pasti sebagai ibu Tarmizi, Gayah Awang, 45 dan suami Zainun, Zulkifli Mamat, 53, yang memandu kereta Proton Wira tersebut.

Turut parah anak Suzlina, Mohd Ridwan Badiozaman, 21 yang memandu Honda Civic dan anak saudaranya Nor Fatikah Samsudin, 17. Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Nor ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

"Siasatan awal kemalangan disebabkan kereta Honda Civic yang dalam perjalanan dari arah Dungun terbabas dan berpusing sebelum merempuh Proton Wira dari laluan bertentangan," katanya.

Bernama difahamkan Tarmizi dalam perjalanan dari Kampung Jerangau Sungai ke Dungun untuk berkhatan dengan seorang mudim di bandar itu.

"Saya terkejut bila diberitahu keluarga saya terlibat kemalangan dan ibu saya meninggal dunia," kata anak sulung Zainun, Mohd Qoha, 19, kepada Bernama.

Sementara itu, Suzlina yang merupakan ibu tunggal dalam perjalanan untuk berubat di Machang, Kelantan.

Menurut anak sulungnya, Mohd Sabaha Badiozaman, 23, arwah mengejutkan adiknya Mohd Ridwan kira-kira pukul 8 pagi untuk pergi berubat penyakit buah pinggang yang dihidapinya dengan seorang pengamal perubatan tradisional.

"Ikutkan ini adalah rawatan terakhir mak saya tetapi saya tidak sangka usianya tidak panjang," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain