suria

Dasar Berhemat Kerajaan Tarik Pelaburan Besar Ke Iskandar Malaysia - PM

Najib menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Pengerusi Country Garden Holding Co Limited Yeung Kwok Keung (depan kanan) dengan Pengerusi Iskandar Waterfront Holding Dr Shahir Nasir pada majlis menandatangani perjanjian jual beli tanah di Danga Bay antara Country Garden Properties (M) Sdn Bhd dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Danga Bay, Selasa. Turut kelihatan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman (dua kiri belakang), Presiden dan Pengarah Eksekutif Country Garden Holding Co Limited Mo Bin (dua kanan belakang) dan Naib Pengerusi Eksekutif Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd Tan Sri Lim Kang Hoo (kiri). -fotoBERNAMA

JOHOR BAHARU: Iskandar Malaysia menarik RM99.79 bilion pelaburan sehingga suku ketiga tahun ini dan dijangka melepasi sasaran pelaburan bernilai RM100 bilion tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

Beliau berkata pelaburan kumulatif itu merupakan sumbangan ketara hasil daripada kecergasan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang membawa manfaat sebenar kepada rakyat Johor.

Selain Iskandar Malaysia, katanya kerajaan negeri dan persekutuan juga membangunkan beberapa projek di Johor seperti projek minyak dan gas Pengerang, projek pelancongan dan resort Desaru, bandar Nusajaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pembangunan Tanjung Bin di Pontian dan industri berat di Tanjung Langsat.

"Peluang pelaburan besar adalah hasil dasar ekonomi pragmatik dan berhemat kerajaan sedia ada yang bermatlamat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat," kata Najib pada majlis bertukar-tukar dokumen jual beli tanah di Danga Bay antara Garden Danga Bay Sdn Bhd dan Iskandar Waterfront Sdn Bhd.

Country Garden dengan syarikat induknya, Country Garden Holdings Co Ltd, pemaju hartanah dari China, memperoleh 11 hektar tanah tebingan air utama di Danga Bay, membabitkan hampir RM1 bilion daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd.

Pembelian tanah itu adalah pelaburan pertama dan terbesar setakat ini oleh pelabur dari China dengan dalam kawasan pembangunan 'A' Iskandar Malaysia, yang merupakan projek pembangunan bersepadu, dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM18 bilion.

Projek itu yang dimajukan dalam tiga peringkat, akan dimulakan dengan pembinaan rumah kelab mewah, menara komersil, gedung membeli-belah, kondominium mewah dan pangsapuri perkhidmatan.

Najib berkata projek itu merupakan undi kepercayaan terhadap Iskandar Malaysia, dan ekonomi Malaysia yang lebih luas.

Presiden dan pengarah Country Garden, Mo Bin berkata syarikat itu mendapati ekonomi Malaysia berkembang maju dan menganggap koridor pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia merupakan bukti semangat kerajaan untuk membangunkan dan memakmurkan negara.

Sambil memperakui pentingnya Iskandar Malaysia, syarikat itu mengambil langkah melengkapkan program pembangunan kerajaan dengan melabur di Danga Bay bagi melaksanakan projek bersepadu.

"Pembangunan Country Garden di Danga Bay ini merupakan projek unik dalam Iskandar Malaysia dan saya yakin ia dapat membantu menjayakan pembangunan ekonomi yang lebih tinggi dan memberi manfaat kepada kawasan sekeliling," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain