suria

Kastam Berjaya Kutip 91 Peratus Jumlah Sasaran Tahun Ini

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) memerhatikan barang-barang rampasan yang dipamerkan selepas merasmikan Kompleks Kastam Seberang Jaya di sini, hari ini. Bangunan setinggi lima tingkat ini mula dibina pada bulan Mei 2008 dengan kos pembangunan berjumlah RM50 juta dan telah siap sepenuhnya pada 14 Mei 2011.
Kompleks tersebut menempatkan pejabat Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Perkastaman, Bahagian Pematuhan dan Bahagian Perkhidmatan Teknik.

-fotoBERNAMA

BUTTERWORTH: Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya berpuas hati dengan catatan kutipan hasil diperoleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebanyak 91 peratus iaitu RM30 bilion sehingga 2 Disember ini.

Beliau berkata, JKDM menyasarkan kutipan hasil RM33 bilion pada tahun ini dan tetap yakin dapat mencapai sasaran itu berdasarkan baki bilangan hari yang masih ada pada tahun ini.

"Jumlah kutipan yang berjaya diperoleh setakat ini tidak jauh dari sasaran ditetapkan, kita juga berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai setakat ini dan akan terus berusaha kerana masih ada lagi waktu sebelum sampai ke penghujung tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Kastam Seberang Jaya, Pulau Pinang yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di sini, Selasa.

Kompleks yang bernilai RM50 juta yang dibina di atas tanah seluas 1.3 hektar itu siap sepenuhnya pada 14 Mei 2011, bangunan lima tingkat itu menempatkan pejabat Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Perkastaman, Bahagian Pematuhan dan Bahagian Perkhidmatan Teknik.

Khazali berkata, penurunan jumlah jualan kereta pada tahun ini yang menyebabkan pengurangan kutipan duti eksais merupakan antara faktor yang menjadikan sasaran kutipan JKDM gagal dicapai lebih awal.

"Begitu juga dengan penurunan harga pasaran minyak kelapa sawit ketika ini yang menyebabkan pengurangan kutipan hasil, berikutan faktor terbabit, sumber utama kutipan hasil jabatan kami pada tahun ini lebih menjurus kepada cukai perkhidmatan, cukai jualan dan juga cukai import," katanya.

Selain itu Khazali berharap dengan beroperasinya kompleks Kastam Seberang Jaya dapat memudahkan pelanggan jabatan itu berurusan di bawah satu bumbung.

Katanya, dengan prasarana yang begitu baik dan selesa itu juga diharapkan perkhidmatan diberikan oleh warga jabatan berkenaan kepada pelanggan akan lebih baik, berkualiti dan cemerlang.

"Pembinaan kompleks di lokasi strategik ini adalah antara bukti terhadap usaha kerajaan pusat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain