suria

India Tarik Balik Syarat Selang Dua Bulan Antara Lawatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan India menarik balik syarat selang dua bulan antara setiap lawatan yang dikenakan kepada rakyat Malaysia, berkuat kuasa semalam (Isnin).

Syarat yang dikenakan bagi visa pelancong itu diperkenal pada November 2009 susulan serangan pengganas ke atas Mumbai.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Aseem R. Mahajan dalam satu kenyataan, berkata penguatkuasaan peraturan baharu itu akan memudahkan perjalanan rakyat Malaysia ke India bagi tujuan pelancongan.

Katanya prosedur lain untuk permohonan visa pelancong tidak berubah.

Bagaimanapun katanya, syarat selang 60 hari itu terpakai kepada rakyat Afghanistan, China, Iran, Pakistan, Iraq, Sudan, Bangladesh, warga asing berketurunan Pakistan dan Bangladesh serta mereka yang tidak bernegara.

Beliau berkata prosedur permohonan untuk visa kategori lain juga tidak berubah. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Visa India di talian 03-26922692 atau www.indianhighcommissin.com.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain