Ambil Iktibar Negara Tak Laksana Pemerintahan Secara Demokratik - Tun Mahathir - Semasa | mStar

Ambil Iktibar Negara Tak Laksana Pemerintahan Secara Demokratik - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad (depan) bersalaman dengan sebahagian mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ketika menyampaikan ucaptama di Seminar Ketahanan Nasional 'Mengekalkan Kedaulatan Negara' anjuran Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Selasa. -fotoBERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad (depan) bersalaman dengan sebahagian mahasiswa dan mahasiswi yang hadir ketika menyampaikan ucaptama di Seminar Ketahanan Nasional 'Mengekalkan Kedaulatan Negara' anjuran Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Selasa. -fotoBERNAMA

MELAKA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada negara yang tidak dapat melaksanakan pemerintahan secara demokratik kerana rakyat taksub kepada pemimpin.

Keadaan itu, katanya berlaku kerana rakyat mengundi semata-mata berdasarkan perasaan tanpa menggunakan pemikiran sehingga negara menuju kehancuran.

"Sebagaimana penyokong parti PAS, walaupun pemimpin mereka jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan agama, tetapi kerana PAS parti dia, dia sokong kerana emosi dan taksub," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Ketahanan Nasional kali ketiga yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia di Ayer Keroh di sini, Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dr Mahathir berkata parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai haluan dalam gabungan mereka berbanding Barisan Nasional yang bersepakat dan mempunyai organisasi serta matlamat dalam membentuk kerajaan.

Beliau berkata pakatan tiga parti iaitu PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada satu haluan dan kesepakatan, misalnya PAS yang mahu melaksanakan kerajaan Islam dan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada kini adalah waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum, beliau berkata ia bergantung kepada penilaian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya nampak semangat baik sekarang ini, kita perlu rapatkan barisan kita supaya kita dirikan sebuah kerajaan yang kuat dengan majoriti dua pertiga," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain