suria

PAS Perkecilkan Kekuatan Umno Sebagaimana Yang Terserlah Dalam Perhimpunan Agung

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali menyatakan keyakinannya yang mereka akan mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang walaupun perkembangan yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 mengambarkan sebaliknya.

Menurut beliau, Perhimpunan Agung Umno telah dijadikan medan untuk menyerang Pakatan Rakyat termasuk individu dalam Pakatan Rakyat secukup-cukupnya.

Bercakap dalam pertemuan eksklusif dengan Harakahdaily dan Harakah di Pejabat Harakah, di sini Isnin, Mustafa juga percaya, para perwakilan sudah 'dipandu' terlebih dahulu, sebab itulah tidak kedengaran ucapan mereka bercanggah antara satu sama lain dalam perhimpunan tersebut.

Mustafa juga dipetik sebagai berkata, semangat yang dilaungkan oleh para perwakilan Umno di akhir ucapan penangguhan presidennya Sabtu lalu tidak boleh dijadikan ukuran yang Umno akan terus mengecapi kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, semangat yang hanya berlegar di kalangan pimpinan Umno sahaja tidak memberi kesan kepada pilihan raya kerana kemenangan sesebuah parti itu terletak di tangan rakyat.

"Kesan itu sampai ke PRU akan datang tidak mungkin sebab akan tentukan siapa menang atau kalau adalah rakyat. Pekerja Umno naik semangat sahaja, yang tentukan adalah rakyat.

"Mereka kena sedar 'mood' rakyat untuk ke arah perubahan masih kekal. Naik semangat hanya fenomena sementara," katanya sebagaimana dipetik oleh Harakahdaily.net.

Artikel Sebelum

UPM Bakal Jadi Duta Pelancongan

Artikel Berikut

Artikel Lain