suria

Dua Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Lombong

KAMPAR: Mayat dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sebuah lombong di Kampung Labu Kuchi di sini, Sabtu lepas, ditemui terapung di lombong itu, malam Ahad dan pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata mayat G.Murugiah, 47, ditemui pada 11.13 malam manakala mayat rakanya, M. Munusamy, 51, ditemui pada 7.20 pagi.

Mayat kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit itu ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak dua hari lepas, katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian pada 4.20 petang Isnin lepas, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan menjala ikan di lombong itu yang terletak 300 meter dari rumah mereka, sebelum dilaporkan tenggelam dan dibawa arus.

Seramai 14 anggota Bomba dan Penyelamat dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam, Rela dan polis, terlibat dalam operasi menyelamat itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

UPM Bakal Jadi Duta Pelancongan

Artikel Berikut

Artikel Lain