suria

Penyokong Semarak Semangat Harimau Malaya Untuk Menang - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyokong pasukan Harimau Malaya telah menaikkan semangat pasukan itu hingga membantu mereka memenangi perlawanan yang begitu genting menentang Indonesia malam Sabtu.

Perdana Menteri yang cukup gembira dengan kemenangan itu mengucapkan tahniah kepada pasukan kebangsaan dan juga peminat dalam tweetnya.

"Kita ke separuh akhir! Syabas #HarimauMalaya. Penyokong cukup menyemarakkan semangat! Kita 1Malaysia perlu teruskan sokongan," kata beliau.

Dengan kemenangan 2-0 itu dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, pasukan kebangsaan kini layak ke separuh akhir kejohanan Piala Suzuki AFF. BERNAMA

Artikel Lain