Juruteknik Maut Kereta Dirempuh - Semasa | mStar

Juruteknik Maut Kereta Dirempuh

KEMAMAN: Seorang juruteknik maut setelah kereta Honda City yang dipandunya dirempuh sebuah kereta lain ketika melalui selekoh di Km 123, Jalan Jerangau-Jabor dekat sini Sabtu.

Rakannya pula patah kedua-dua belah kaki dalam kejadian 6.45 petang itu.

D. Kalaiselvan, 43, yang bekerja di sebuah syarikat pengeluar kereta meninggal selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Kemaman sementara rakannya Tan Tze Chen, 24, dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Jurucakap polis berkata kedua-dua mereka yang berasal dari Pulau Pinang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju Kuantan apabila kereta mereka dirempuh sebuah kereta Toyota Innova.

Akibat rempuhan secara berdepan itu, kedua-dua mangsa tersepit di dalam kereta sebelum dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat, katanya.

Manakala pemandu MPV tersebut, Mohamad Abd Ghani, 50, turut patah kaki sementara isterinya, Adoni Daud, 49 cedera parah dan anak perempuan mereka Nurul Nadirah, 14, patah tulang rahang.

Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan (Bahagian Agama) dalam perjalanan dari Johor untuk balik ke rumah mereka di Bukit Payung, Marang.

Ketua Polis Daerah, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa telah dituntut keluarganya.

"Mohamad dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh tersebut, namun siastan lanjut masih diteruskan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Jurujual Dirompak & Dirogol Di Kemaman

Artikel Berikut

Kerajaan Kaji Semula Akta Muflis - PM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain