Dua Beranak Maut Digilis Lori Pasir Di George Town - Semasa | mStar

Dua Beranak Maut Digilis Lori Pasir Di George Town

GEORGE TOWN: Dua beranak maut setelah motosikal yang dinaiki hilang kawalan sebelum digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri di sini, pagi Jumaat.

Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya Noor Rashid Abdul Rahim, 38, mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, motosikal yang dinaiki dua beranak itu telah hilang kawalan sebelum kedua-duanya terjatuh di bahu jalan dan digilis lori pasir tersebut.

Dua beranak itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Tun Sardon, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain