suria

Sidang Dewan Rakyat Berakhir

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-12 pada Khamis ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas 36 hari bersidang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan penangguhan mesyuarat itu pada jam 5 petang tadi.

Ini merupakan persidangan Dewan Rakyat yang terakhir sebelum dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Persidangan yang sebelum ini dijadual berlangsung selama 34 hari hingga 27 November lalu telah dilanjutkan dua hari lagi bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan.

Persidangan Dewan Rakyat bermula pada 24 September lepas diikuti oleh pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada 28 September.

Selain Rang Undang-undang Perbekalan 2013, sebanyak 13 Rang Undang-undang lain serta dua usul tergempar iaitu mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza dan usul mengenai tayangan Filem 'Innocence of Muslims', diluluskan pada persidangan kali ini.

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain

Artikel Berikut

Artikel Lain