suria

Senator: Syed Husin Ali Dicalonkan Untuk Penggal Kedua

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Khamis mencalonkan semula bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali sebagai Senator untuk penggal yang kedua.

Pencalonan Syed Husin dicadangkan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Teresa Kok Suh Sim.

Penggal Syed Husin berakhir pada 16 Disember ini.

Sementara itu DUN Selangor turut mencalonkan Ahli Majlis Perbandaran Kajang dari DAP T. Chandra Mohan sebagai Senator selama tiga tahun.

Pencalonan Chandra Mohan dicadangkan Kok dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Abdul Samad.

Beliau merupakan aktivis hak pekerja dan mempunyai pengalaman politik selama 30 tahun serta pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mendiang V.David, bekas Anggota Parlimen.

Chandra Mohan menggantikan S.Ramakrishnan yang tempoh penggalnya sebagai Senator tamat 9 Disember ini.

Persidangan Dewan bersambung esok. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain

Artikel Berikut

Artikel Lain