suria

Konsep Kesederhanaan Kejayaan Survival Umno - Wakil Johor

Perwakilan Johor, Samsol Bari Jamali ketika menyampaikan perbahasannya. -foto FAIHAN GHANI/The Star
Perwakilan Johor, Samsol Bari Jamali ketika menyampaikan perbahasannya. -foto FAIHAN GHANI/The Star
Perwakilan Johor, Samsol Bari Jamali ketika menyampaikan perbahasannya. -foto FAIHAN GHANI/The Star

KUALA LUMPUR: Kejayaan survival Umno dalam meneruskan perjuangan bangsa Melayu selama 66 tahun sehingga kini dengan mengamalkan konsep kesederhanaan dalam parti.

Perwakilan Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, konsep kesederhanaan itu ada dalam jiwa Umno yang diterjemahkan sebagai ideologi parti.

"Apa yang kita amalkan seperti toleransi, muafakat, tolak ansur, musyawarah dan konsensus.

"Umno ini penakrif kepada kesederhanaan. Dan kita sendiri tonjolkan kepada dunia dengan 'global movement of moderate' (gerakan kesederhanaan global)," katanya pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang dan Ketua Penerangan Umno Negeri Johor berkata, konsep kesederhanaan di peringkat lokal itu diaplikasi ke peringkat global.

"Ini seperti konflik selama lebih 26 tahun yang dialami bangsa Moro di Filipina di mana kita Malaysia berusaha membantu menyelesaikannya," katanya.

Samsol Bari berkata, pendekatan kesederhanaan oleh Umno ini begitu berbeza dengan yang diamalkan pakatan pembangkang.

"PAS dengan ekstremisme dengan agama, DAP dengan kesamarataan parti dan PKR pula dengan liberalismenya.

"Ekstremisme itu membawa kekacauan, liberisme itu mewujudkan anarki dan kesamarataan itu adalah kezaliman," katanya.

Menurut Samsol Bari, kerajaan Barisan Nasional (BN) pula merangka kesederhanaan bagi menjamin kemakmuran negara yang akan dipertahankan.

"Umno amalkan kesederhanaan untuk survival parti, kekalkan kerajaan sedia ada. Janganlah jadi liabiliti kepada parti yang kita pertahankan," katanya.

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain

Artikel Berikut

Artikel Lain