suria

Keputusan Peter Chin Tidak Bertanding Bergantung Kepada Pandangan PM

PUTRAJAYA: Anggota Parlimen Miri Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada Jumaat berkata walaupun beliau memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, beliau akan mempertimbangkan pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata adalah lebih baik perkara itu tidak dibincangkan secra terbuka.

"Saya berharap untuk tidak bertanding, tetapi pada akhirnya sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) saya juga perlu mengambil kira pandangan Perdana Menteri yang mengetuai pasukan untuk mendapatkan mandat daripada rakyat untuk membentuk kerajaan.

"Semuanya terpulang kepada PM. Dan Perdana Menteri saya berpendapat beliau akan mengambil kira semua aspek," katanya.

Ogos lalu, Chin yang menjadi Anggota Parlimen sejak 1990, mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 tetapi akan kekal sebagai Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sehingga 2014. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain

Artikel Berikut

Artikel Lain