suria

Dua Lelaki Yang Dipenjara Kerana Merompak Pelajar Malaysia Di London Dibebaskan Mahkamah

PETALING JAYA: Dua lelaki yang dipenjarakan selepas mereka terbabit dalam satu serangan dalam rusuhan di London, telah dibatalkan sabitan, Daily Mail UK melaporkan.

John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, telah dituduh merompak seorang lelaki rakyat Malaysia ketika dia sedang berjalan di Queens Road pada 8 Ogos 2011, tetapi mereka menegaskan bahawa lelaki dalam video itu bukan mereka dan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, bersetuju membebaskan mereka.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia menonton dalam rakaman CCTV ngeri yang menunjukkan Muhammad Asyraf Haziq Rössli, 21, sedang dirompak sekumpulan lelaki.

Artikel Sebelum

Umno Tidak Pinggirkan Kaum Lain

Artikel Berikut

Artikel Lain