suria

Tidak Ketepi Perjuangan Islam Dalam Mentadbir Negara - Perwakilan Wanita

KUALA LUMPUR: Perjuangan agama Islam tidak diketepikan oleh kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab mentadbir negara.

Perwakilan pergerakan Wanita Umno, Dayang Saniah Awang Hamid berkata, kerajaan menerusi Umno menggunakan panduan berlandaskan Islam dalam meneraju pentadbiran negara.

"Umno memang sebagai parti keramat untuk bangsa Melayu, tetapi juga untuk perjuangan agama, bangsa dan negara," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Khamis.

Mengenai perjuangan berterusan itu, Dayang Saniah yang juga Ketua Wanita Umno bahagian Tanah Merah berkata, Malaysia mampu mengorak langkah dengan gagah sehingga ke pentas dunia.

"Malaysia bukan sahaja disegani dan dihormati tetapi turut dijadikan rujukan sebagai negara Islam oleh negara-negara luar," katanya.

Beliau menambah, kerajaan turut memberi contoh dalam membantu menyelesaikan beberapa konflik yang berlaku di Asia Tenggara.

"Jika kerajaan adalah zalim seperti yang didakwa pembangkang, mana mungkin Malaysia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan konflik," katanya.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain