suria

PRU-13: PM Seru Ahli Umno Berdisiplin Capai Kemenangan

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan lambang Barisan Nasional (BN) dengan diikuti oleh Ahli Majlis Tertinggi selepas ucapan perasmian beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2012 ke-66 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menjelang Pilihan Raya Umum-13 (PRU-13) yang bakal diadakan tidak lama lagi, ahli Umno diseru supaya terus mengamalkan prinsip berdisiplin dalam organisasi bagi menentukan kejayaan parti itu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu disiplin adalah faktor penting yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah parti politik.

"Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang.

"Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihanraya," katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, Khamis.

Selain itu katanya, ahli Umno perlu meletakkan kepentingan parti mendahului kepentingan individu termasuk dalam soal pemilihan calon.

"Disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas...di atas kepentingan individu.

"Jika keputusan muktamad dibuat, terimalah dengan hati terbuka dan laksanakanlah dengan sebaik mungkin," katanya.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain