suria

Kerajaan PAS Kedah Abai Kebajikan Rakyat - Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: "Mati dulu baru dapat duit," demikian luahan kekecewaan perwakilan Pemuda Umno Kedah mengenai nasib rakyat di negeri itu di bawah pentadbiran PAS.

Perwakilan Kedah, Aminuddin Omar berkata, kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menguruskan negeri itu terutamanya dalam menguruskan kebajikan rakyat.

"Di Kedah kalau tuan-tuan nak tahu, kerajaan negeri bagi RM500 pada keluarga si mati...kena mati dulu baru dapat duit.

"Tengok apa kerajaan Pusat buat, kerajaan bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 masa kita hidup. Tapi PAS nak tunggu kita mati baru nak tolong," katanya penuh emosi.

Selain itu Aminuddin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu berkata, kerajaan negeri juga gagal menguruskan ekonomi dengan baik melainkan hanya menumpukan kepada hasil balak sebagai pendapatan.

"Memanglah mereka kata hasil balak berjaya diperolehi dengan banyak...tapi habis semua hutan mereka tarah untuk dapatkan balak.

"Sampaikan hutan di Pedu pun mereka ambil balak," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain