suria

Rakyat Malaysia Mati Ditembak Di Sadao, Thailand

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia berumur 60 tahun mati ditembak di Sadao, Songkhla pada Selasa.

Jurucakap polis Sadao berkata, mangsa ditemui mati di dalam kereta di kampung Jungloan, Samnak Kham, Sadao pada pukul 8 pagi.

"Kami masih menyiasat bagaimana dia ditembak," katanya dan menambah identiti mangsa belum dikenal pasti.

Mayat telah dihantar ke hospital universiti Prince of Songkhla untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Lain