suria

Polis Kinabatangan Cari Ibu Bapa Kanak-Kanak Ditinggal Di Hentian Bas

SANDAKAN: Polis Kinabatangan sedang mencari ibu bapa atau penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun yang ditinggalkan di sebuah perhentian bas Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata orang awam menemui kanak-kanak tersebut bersendirian di perhentian bas itu berhadapan Sekolah Menengah Bukit Garam 2.

"Sesiapa yang kehilangan budak lelaki diminta tampil membuat kawad cam di IPD Kinabatangan dengan segera," katanya ketika dihubungi.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

IPD Kinabatangan boleh dihubungi di talian 089-561890.

Sementara itu seorang bapa merayu anak perempuannya agar pulang setelah dia dikatakan keluar dari asrama sekolah pada 2 Nov lepas.

Amat Morusin berkata anaknya Nurayuni, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut, bersama seorang lagi rakannya dipercayai keluar dengan dua lelaki yang merupakan kenalan mereka, kira-kira pukul 2 pagi menggunakan bot.

Orang ramai yang mempunyi maklumat mengenai remaja tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222. BERNAMA

Artikel Lain