Lima Laporan Siasatan Selcat Didedahkan Kepada Umum - Semasa | mStar

Lima Laporan Siasatan Selcat Didedahkan Kepada Umum

SHAH ALAM: Sebanyak lima laporan siasatan awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) akan didedahkan kepada umum, kata Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim.

Katanya, laporan itu melibatkan rumusan hasil pendengaran Selcat mengenai perolehan, penggunaan dan pulangan pinjaman RM90.3 juta oleh PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan.

Ia turut melibatkan permohonan pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) dan siasatan ke atas urusniaga perlombongan pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

"Turut didedahkan laporan siasatan mengenai laporan audit dalam Tahun 2010 berhubung pengurusan kewangan Yayasan Selangor dan kejadian banjir di Hulu Langat dan Klang Selatan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Selasa.

Katanya turut akan didedahkan kepada umum ialah penyata Jawatankuasa Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan serta laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010.

Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berkata pihaknya menyasarkan menerbitkan sejumlah 200 salinan untuk setiap laporan dan ia akan ditempatkan di perpustakaan dan Jabatan Negeri Selangor. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.