suria

Kontrak Hanya Kepada Syarikat Sedia Latihan Industri - Khairy

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran supaya menganugerahkan projek dan kontrak hanya kepada syarikat yang menyediakan latihan industri kepada golongan muda.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan berkenaan dilihat berupaya mengurangkan kebergantungan golongan muda kepada kerajaan untuk mendapatkan latihan industri.

"Pemuda mengusulkan kepada kerajaan agar agenda latihan dipikul oleh semua, dengan mensyaratkan sebarang projek dan kontrak kerajaan hanya diberikan kepada syarikat yang mempunyai program latihan industri untuk anak-anak muda tempatan.

"Melalui pendekatan ini, tanggungjawab melatih orang muda tidak lagi menjadi tanggungan eksklusif kerajaan, tetapi turutdikongsi oleh pihak swasta yang mendapat manfaat dari projek dan kontrak awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Persidangan Pergerakan Pemuda Umno di sini, Rabu.

Tambah Khairy, langkah berkenaan juga akan membuka peluang kepada kerajaan memberi prospek yang lebih cerah kepada golongan muda untuk mencari pendedahan dalam industri.

Katanya lagi, sehingga kini Pemuda Umno menyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dirangka khusus untuk mempertingkat keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma swasta.

Saranan berkenaan merupakan antara sepuluh tuntutan Pemuda Umno kepada kerajaan dalam usaha memastikan golongan muda terus mendapat manfaat daripada pelbagai pelan transformasi kerajaan.

Antara cadangan lain Pemuda Umno kepada kerajaan ialah:

1) Supaya kerajaan memberi pelepasan cukai atau geran kepada syarikat yang menjana peluang pekerjaan untuk generasi muda tempatan.

2) Supaya kerajaan melaksanakan kempen “Buy Malaysia First” atau “Beli Barangan Malaysia”, supaya usahawan tempatan dapat diberi keutamaan.

3) Supaya kerajaan memperluaskan usaha mencari asnaf di setiap peringkat, agar bantuan zakat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tiada alasan untuk golongan ini tidak mendapat bantuan daripada sudut agama, kerana agama telah mengajar bahawa kemiskinan menyuluh jalan kekufuran.

4) Supaya kerajaan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera, bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar. Selama ini, bila timbul kekosongan jawatan lembaga pengarah GLC, peluang seringdiberikan kepada pesara politik dan kerajaan. Amalan ini wajar disemak semula, mustahil tiada langsung profesional muda Melayu dalam dewan ini, mahupun di luar sana yang berkebolehan.

5) Supaya kerajaan melihat semula kepada mereka yang bangkrap, bebaskan mereka daripada hukuman mati ekonomi yang bakal memburukkan lagi hidup mereka dengan menjadikan prosedur perlepasan kebangkrapan lebih mudah. Kerajaan disaran agar kurangkan tempoh masa untuk si bankrap memohon perlepasan, sejajar dengan tren di negara-negara lain. Kerajaan juga harus membantu orang muda dengan memberi pendidikan tentang pengurusan kewangan.

6) Supaya kerajaan menyediakan kuota khas kepada keluarga muda dalam semua projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang.

7) Supaya kerajaan merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon, agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai.

8) Supaya kerajaan meneruskan lagi transformasi politik agar generasi muda tidak perlu mencari reformasi politik di gelanggang lain. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad.

Artikel Lain