Imbangi Calon Pemuda Dengan Peratus Pengundi Muda - Khairy - Semasa | mStar

Imbangi Calon Pemuda Dengan Peratus Pengundi Muda - Khairy

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berharap jumlah calon di kalangan generasi muda yang bakal mewakil parti itu pada pilihan raya umum akan datang selari dengan bilangan pengundi berdaftar di kalangan kumpulan berkenaan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun Pemuda Umno tidak meletakkan sebarang kuota kerusi untuk ditandingi, namun sayap Umno itu berharap jumlah calon yang akan diketengahkan mencerminkan transformasi dalam parti.

"Kita tak letakkan peratusan kuota untuk pemuda, tapi kami sampaikan harapan agar calon pemuda ini (yang bakal dipilih) bilangannya biarlah sama dengan segmen pengundi muda yang ada.

"Tiada peratusan, tiada kupta...tapi ia mestilah reflektif, perlu mencerminkan perubahan demografi yang kita lihat (dalam parti)," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Pada pilihan raya umum akan datang, daripada kira-kira 13 juta jumlah pengundi berdaftar di seluruh negara sehingga kini, seramai 5,175,096 atau 40 peratus dikalangan pengundi itu berusia antara 21 hingga 39 tahun.

Justeru katanya, Pemuda Umno sudah bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab sama ada dalam parti ataupun untuk diangkat sebagai calon pada pilihan raya.

"Kita perlu sedar bahawa ramai ahli pemuda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bagi pemuda, parti mesti mula mengiktiraf dan mengenal pasti lebih ramai calon kita yang berkelayakan...jadi ia perlu bermula dengan pilihan raya akan datang," katanya.

Selain itu katanya, pemuda sendiri berusaha mengetengahkan calon yang berkualiti dan dikategorikan sebagai calon boleh menang.

"Kalau kita dalam keadaan tak ramai calon pemuda (berkualiti), saya risau mungkin calon pemuda kita diletakkan di kawasan yang susah untuk kita menang.

"Kalau itu berlaku maka kita tidak akan dapat ramai wakil rakyat pemuda," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain