Terowong Smart Tutup Tiga Hari Untuk Pembersihan - Semasa | mStar

Terowong Smart Tutup Tiga Hari Untuk Pembersihan

KUALA LUMPUR: Terowong SMART ditutup selama tiga hari mulai petang semalam bagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan akibat hujan lebat petang Isnin.

Pihak Pusat Kawalan Motorway telah menjalankan prosedur menutup laluan trafik sejak 4.20 petang semalam dengan mengosongkan bahagian dua tingkat laluan trafik dalam terowong tersebut untuk operasi banjir, menurut kenyataan SMART pada Selasa.

Hujan lebat di ibu negara bermula pukul 3 petang hingga 7 malam semalam menyebabkan beberapa buah stesen hujan di Lembah Klang mencatatkan bacaan hujan yang luar biasa tinggi terutamanya di kawasan tadahan hulu Sungai Klang dan kawasan tadahan Sungai Ampang.

"Hujan lebat di kawasan tadahan SMART pula mengakibatkan paras air di pertemuan Sungai Klang/Sungai Ampang meningkat dan mengaktifkan operasi kawalan banjir SMART dengan bacaan paras air di sungai itu mencecah 39.2 meter.

"Lencongan air sungai Sungai Klang ke dalam Kolam Berembang dimulakan pada 3.49 petang dan mencatatkan bacaan tertinggi paras air di kolam itu melebihi 38 meter," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pukul 5.01 petang semalam, bacaan paras air tertinggi Sungai Klang di Jambatan Tun Perak berjaya dikawal ke paras 28.90 meter, paras kritikal di tebing Sungai Klang di Jambatan Tun Perak ialah 29.0 meter, manakala paras tebing Sungai Klang di Jambatan Tun Perak iaitu 30.24 meter.

"Kawasan yang berjaya diselamatkan adalah sekitar kawasan Jambatan Tun Perak dan Masjid Jamek", menurut kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Kenyataan Seksis Dan Kasar Di Parlimen

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain