suria

Pertama Kali Graduan Lelaki Terima Anugerah Nadi Negara Wanita Umno

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) beramah mesra bersama penerima-penerima Anugerah Nadi Negara Wanita Uumno 2012 sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Selasa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anugerah Nadi Negara yang diperkenal Wanita Umno untuk mengiktiraf graduan wanita cemerlang sejak tiga tahun lepas, buat pertama kalinya tahun ini turut diberi kepada graduan lelaki.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penganugerahan itu adalah untuk menghargai semua graduan yang menunjukkan prestasi akademik dan kepimpinan cemerlang di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira jantina.

"Anugerah ini turut akan memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan kami mahu lihat kedua-dua pun sama naik umpama irama dan lagu," katanya sebelum menyampaikan anugerah itu kepada 36 penerima.

Tahun ini seramai 15 graduan lelaki menerima anugerah itu termasuk seorang daripada mereka menerima anugerah khas.

Shahrizat berkata untuk melahirkan pelajar cemerlang, ia perlu bergantung kepada tiga faktor utama termasuk kerajaan yang stabil.

"Tanpa kerajaan yang stabil, ekonomi yang kukuh tidak dapat diwujudkan yang akhirnya menyukarkan kerajaan menyediakan fasiliti untuk pendidikan," katanya.

Selain itu, beliau berkata ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka untuk menyediakan suasana pendidikan yang kondusif.

Sementara itu, Shahrizat berkata alumni untuk penerima anugerah itu akan diwujudkan dan pemberian anugerah itu akan diperluas kepada graduan cemerlang dari institusi pengajian tinggi swasta pada masa hadapan.

Penerima Anugerah Khas, Ahmad Wafi Sahedan, 22, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia berkata beliau amat menghargai pengiktirafan yang diberi dan menganggap ia satu pengiktirafan tertinggi kepada graduan.

"Saya tidak sangka akan menerima anugerah sebegini dan saya amat berterima kasih kepada Umno," katanya yang pernah mewakili negara ke negara luar untuk persidangan mahasiswa.

Antara penerima lain anugerah itu ialah Akmal Saufi Mohamed Khaled dari Universiti Islam Antarabangsa, Muhammad Zakirin Zakaria (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), Wan Ahmad Hazman Wan Daud (Universiti Teknologi Malaysia), Nor Munira Sudin (Universiti Putra Malaysia) dan Nur Kamilah Yusuf (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). BERNAMA

Artikel Lain