Tindakan Anwar Mohon Bantuan Australia Hanya Helah - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Tindakan Anwar Mohon Bantuan Australia Hanya Helah - Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya 'helah" untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

"Kita tahu bahawa ini dibuat adalah bagi mengaburi kelemahan yang ada pada mereka (pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di Wisma Umno di sini pada Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang menghadirinya.

"Mereka 'berkokok' di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan," katanya.

Pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Terap Budaya Keamanan - PM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?