suria

Ramai Pasangan Tidak Mahu Lepas Peluang Berkahwin Pada 12.12.2012

PETALING JAYA: Tidak ramai yang akan membiarkan hari ke-12 dalam bulan ke-12 tahun ke-12 pada alaf ini berlalu begitu sahaja.

Ramai yang merancang mengabadikan hari bersejarah mereka pada tarikh tersebut (yang akan berlaku sekali lagi hanya dalam tempoh seratus tahun), menjadikan ia satu tarikh permulaan yang baik dan dikatakan membawa tuah untuk perkahwinan dan menjadi tarikh ulang tahun yang mudah diingat.

Bagi Kelly Liang, 30, dan Alex Choi, 31, tarikh perkahwinan 12-12-12 memang dirancang oleh mereka sambil berkata nombor ini adalah nombor bertuah mereka.

Pengurus jualan di hotel di Pulau Pinang ini berkata, dia dilahirkan pada 12 Februari manakala hari lahir Choi adalah 10 Disember, sambil menambah pertemuan pertama mereka juga berlaku pada tengah hari.

"Dia kemudiannya menjadi pelanggan saya. Kami sedar nombor 12 sentiasa penting bagi kami berdua jadi kami mahu menjadikan tanggal 12 sebagai hari istimewa kami," kata Liang.

Bagi Bamani Lingam, 27, dan Thevendran Sakruvathy, 31, mereka telah dicadangkan berkahwin pada tarikh tersebut oleh pihak kuil.

"Apabila memilih tarikh perkahwinan kami diberitahu bahawa 12-12-12 adalah tarikh yang sangat menguntungkan untuk perkahwinan mengikut agama kami," kata Bamani, penolong pengurus.

Pekerja bahagian pengedaran G.V Lekshman, 24, berkata dia akan berkahwin dengan teman wanitanya yang berusia Sugumar Sharon, 24 pada 12-12-12.

"Ini menjadi hari bersejarah bagi kami kerana tidak mungkin ada tarikh 13-13-13," katanya. "Kami ingin melakukan sesuatu yang sentiasa menjadi ingatan, yang kita boleh bercakap tentangnya pada masa depan." Sementara itu, jurucakap di Jabatan Pendaftaran Negara berkata pihaknya telah bersedia untuk menghadapi hari tersebut.

Acara pendaftaran besar-besaran, katanya, akan dianjurkan di beberapa cawangan negeri dan menjangkakan ia akan mencatatkan rekod.

"Pada 11-11-11, tahun lepas, 723 pasangan berdaftar untuk berkahwin di seluruh negara," katanya.

Sekretariat Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Koay Eng Seng berkata lebih 75 pasangan telah menempah untuk mendaftarkan perkahwinan mereka pada 12-12-12, sambil menambah lebih ramai pasangan dijangka berbuat demikian.

"Tidak akan ada lagi tarikh seperti ini dalam abad ini," kata Koay, sambil menambah rekod Dewan menunjukkan 94 perkahwinan tahun lepas, pada 11-11-11.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain