suria

Peralihan Dalam Umno Contoh Yang Baik - MILF

KUALA LUMPUR: Peralihan Umno daripada sebuah pergerakan bebas yang bersatu menjadi sebuah parti politik pemerintah di Malaysia dapat dijadikan contoh, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Al-Haj Murad Ebrahim.

Beliau memuji parti itu yang memperoleh kuasa daripada mandat popular dan pada masa sama mendukung cita-cita serta amalan demokrasi.

"Masyarakat Malaysia mempunyai sebab untuk berterima kasih kerana pengalaman anda dalam tadbir urus kurang memihak atau berpecah belah berbanding dengan apa yang kami alami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai penceramah jemputan pada Forum Antarabangsa Umno bertemakan 'Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat' di sini, Isnin.

Forum dua hari itu dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bermula esok.

Pada 15 Oktober, kerajaan Filipina dan MILF menandatangani perjanjian bersejarah, dengan Malaysia sebagai perantara, untuk menamatkan konflik empat dekad di selatan Filipina.

Sementara itu, seorang lagi wakil MILF Michael Ong Mastura memberitahu pemberita di luar majlis itu bahawa Umno menjadi model yang sangat baik untuk dicontohi oleh MILF.

"Kami seringkali merujuk kepada permulaan Umno dan kami juga seperti itu, asalnya sebuah pertubuhan kini menjadi sebuah parti, ini adalah satu contoh yang baik," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain