Pemandu Teksi Didenda RM1,200 Cederakan Anak Tiri - Semasa | mStar

Pemandu Teksi Didenda RM1,200 Cederakan Anak Tiri

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi didenda RM1,200 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, Isnin bagi kesalahan mencederakan anak tiri lelakinya berusia 11 tahun, lapan bulan lepas.

Ahmad Md Idris dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nazri Omran selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Ahmad, 57, didakwa mendatangkan cedera terhadap kanak-kanak tersebut di kediaman mereka di Puchong, di antara 7 pagi hingga 10 pagi, 24 Mac lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu memaklumkan kepada guru yang bertanya mengenai lebam di mukanya bahawa dia dipukul ayah tirinya dengan tali pinggang kerana bermain basikal di dalam rumah mereka.

Ahmad yang tidak diwakili peguam bela ketika memohon mahkamah mengenai hukuman ringan berkata dia mempunyai tanggungan sembilan orang anak termasuk dua orang anak tirinya.

Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana tertuduh sepatutnya menjaga kanak-kanak itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain