suria

MIC Batal Demonstrasi Bantah Kunjungan Mahindra

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) membatalkan cadangan untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah kunjungan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa ke Malaysia pada Rabu ini.

Ketua Pemuda MIC T.Mohan memberitahu sidang akhbar pembatalan demonstrasi di depan bangunan Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di sini itu adalah berikutan laporan sebuah portal bahawa Mahinda tidak akan menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia di Johor yang dijadualkan dari 4 hingga 6 Dis ini.

Sebelum ini, Mahinda didakwa terlibat dalam jenayah perang semasa Perang Sivil Sri Lanka, yang mengorbankan beribu-ribu orang, terutama masyarakat Tamil. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain