suria

Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Bilik Sewa

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam bilik sewanya di Jalan Tun Ismail 5, di sini, tengah hari Isnin.

Mayat mendiang Lee Teck Liong, 70, ditemui anak angkat perempuannya, Juvika Suimin, 40, yang ke bilik berkenaan selepas usaha menghubunginya menerusi telefon bimbitnya tidak berjawab.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Ketika polis sampai, mayat mendiang ditemui terbaring di atas katil dengan lengkap berpakaian," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah berlaku ke atas mangsa memandangkan pintu biliknya dikunci dari dalam.

Katanya, menurut anak angkatnya itu, mendiang yang berasal dari Segamat, Johor tinggal sendirian di bandar ini sejak 20 tahun lalu.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kita masih meneruskan siasatan kes serta mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain