suria

Cubaan Pecah Mesin ATM Di Masjid Al-Hidayah Sentul Gagal

KUALA LUMPUR: Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM)Bank Islam di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul di sini gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian samun yang dipercayai berlaku awal pagi Isnin.

Kejadian itu disedari pada kira-kira 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene.

Beliau berkata polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Isnin.

Zakaria berkata siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain