suria

Beri Peluang Golongan Muda Pegang Jawatan Strategik Dalam Parti - Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berharap generasi muda akan diberi lebih banyak peluang memegang jawatan strategik dalam parti bagi menarik minat pengundi muda menjelang pilihan raya umum ke-13.

Exco Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata sungguhpun pihaknya tidak meletakkan jumlah jawatan yang harus dipegang, golongan muda wajar diberi peluang demi melahirkan pemimpin pelapis.

"Justeru saya berharap dalam perhimpunan agung Umno kali ini akan ada komitmen daripada kepimpinan parti dalam menyediakan golongan pelapis dalam proses peralihan generasi.

"Kalau kita tengok senarai ahli yang berhormat daripada Umno hanya seorang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berumur 40 tahun ke bawah iaitu Mohd Azahar Ibrahim (Adun Tenang, Johor) manakala di peringkat Parlimen pula hanya Khairy Jamaluddin (Anggota Parlimen Rembau)," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Isnin.

Beliau berharap perwakilan Pemuda akan membangkitkan isu berkaitan menambah baik polisi melibatkan kepentingan belia Melayu pada masa depan ketika perbahasan dalam perhimpunan agung kali ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dedah Imej Sebenar PAS - PM

Artikel Lain