Polis Ambil Keterangan Mangsa Penjualan Pingat Palsu - Semasa | mStar

Polis Ambil Keterangan Mangsa Penjualan Pingat Palsu

KOTA BARU: Polis akan mengambil keterangan daripada empat individu mangsa penjualan pingat dan darjah kebesaran negeri Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya kini hampir menyiapkan kertas siasatan dan akan mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kita akan mendapatkan maklumat daripada penerima yang bermastautin di Sarawak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Ahad.

Sehubungan dengan itu Jalaluddin menasihatkan agar orang ramai tidak tertipu dengan tawaran memperoleh pingat dan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja oleh pihak tertentu yang ingin menipu.

Ketua istiadat negeri, Datuk Abdul Halim Hamad dilaporkan berkata sebelum ini bahawa pihak Istana Kelantan mengesan ada pihak tertentu cuba mencari sumber kewangan menipu orang ramai dan mendakwa boleh mendapatkan kurnia darjah kebesaran negeri Kelantan.

Pingat dan darjah kebesaran yang dijual itu dikatakan sehingga mencecah RM200,000. BERNAMA

Artikel Berikut

Polis Masih Buru Wanita Kes Dadah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini