suria

Patuh Kepada Disiplin Demi Masa Depan Umno - Shafie

SEMPORNA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata pematuhan terhadap disiplin organisasi merupakan faktor penting untuk menjamin masa depan politik dan kekuatan parti itu pada masa akan datang.

Mengulas amanat Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pentingnya pematuhan kepada disiplin organisasi dan rantaian arahan parti apabila membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, beliau berkata anggota Umno perlu bersatu dan mematuhi arahan parti.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata anggota parti itu perlu melihat gambaran lebih luas dan mengambil kira realiti politik semasa untuk memastikan Umno terus kukuh. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain