suria

Mayat Warga Sri Lanka Ditemui Di Flat Di Sungai Way

Lima anggota polis dari unit forensik memeriksa mayat seorang lelaki warga Sri Lanka yang dipercayai terjatuh ditemui di bumbung tingkat dua sebuah flat di Sungai Way, Petaling Jaya. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki warga Sri Lanka ditemui di bumbung tingkat dua sebuah flat di Sungai Way di sini, Sabtu.

Mayat lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Gullahar, 24, ditemui seorang pekerja pembersihan flat 20 tingkat itu pukul 10.30 pagi ini ketika membersihkan kawasan tersebut sebelum memaklumkannya kepada persatuan penduduk di situ.

Gullahar ditemui dalam keadaan cedera di kepalanya dan patah kaki kiri dipercayai akibat terjatuh dari bangunan flat itu, menurut jurucakap polis.

"Mangsa yang merupakan pembantu kedai telefon bimbit di flat tersebut juga tidak dapat dipastikan terjatuh dari tingkat berapa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata siasatan mendapati mangsa maut akibat terjatuh, namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Katanya mayat Gullahar dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain