suria

Mayat Lelaki Ditemui Di Tengah Penghadang Jalan Syed Putra

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga asing ditemui dalam keadaan tertiarap berhampiran penghadang jalan di kawasan tengah laluan Jalan Syed Putra, Brickfields di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata mangsa dalam lingkungan 30-an, yang ditemui orang awam dalam keadaan mukanya menyembah jalan raya pada kira-kira 11 pagi, berkemungkinan maut dalam insiden langgar lari.

Mayat yang ditemui itu lengkap berpakaian dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dekat sini untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain