suria

Perhimpunan Agung Umno: Polis Jamin Pantau Keselamatan, Aliran Trafik

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan sentiasa memantau keadaan keselamatan dan aliran trafik pada Persidangan Agung Umno, yang akan bermula Isnin ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya membuat perancangan teliti untuk tujuan itu berikutan dijangka lebih 5,000 anggota perwakilan Umno berkumpul di PWTC selain 1,782 wartawan dari 102 agensi media serta media baharu.

"Kita telah menempatkan anggota kita untuk berkawal mulai hari ini di PWTC dan sepanjang tempoh perhimpunan itu berlangsung," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jumlah keanggotaan polis adalah mencukupi, termasuk yang akan memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang tempoh perhimpunan itu.

Bagaimanapun, Amar Sing enggan mendedahkan jumlah anggota polis terbabit dalam mengawal keselamatan pada perhimpunan itu, yang bakal membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain